POLITIK HARI INI: 

TERIMALAH HAKIKAT, PERKARA SUDAH TIDAK SAMA SEPERTI DULU.


Mungkin ini bukanlah satu penulisan yang akan mendapat tepukkan hebat dari penyokong parti saya sendiri, apa lagi rakan – rakan seperjuangan, kerena ini adalah sesuatu yang menyakitkan. 


UMNO adalah sebuah parti yang lama, cukup lama untuk faham mana yang baik dan buruk, cukup pengalaman dalam pelbagai seginya. Kalau manusia yang dah berumur 74tahun, tak sepatutnya tak tahu apa makna kehidupan ini secara keseluruhannya. Bak kata pepatah, dah cukup makan garam kalau nak di bandingkan dengan orang muda. 

UMNO pernah jadi kerajaan dengan pemegang parti majority untuk tempoh yang cukup lama, dan pernah jadi pembangkang, dan sekarang adalah sebahagian daripada komponen kerajaan hari ini iaitu kerajaan Perikata Nasional.


Sekarang ni, banyak yang kita dengar cerita pelbagai versi itu dan ini. 

Kejap A, kejap B, kejap itu, kejap ini. Sampai naik pening kita di buatnya. 


Saya menggangapkan orang yang 74 tahun ni, bila dia dah biasa dengan satu jenis kehidupan yang dia dah biasa, tiba – tiba mintak pindah kawasan baru, memang lah satu masalah yang besar. Mana nak biasakan lagi dengan rumah baru, kawasan baru, rakan tetangga baru, sudah pasti kenangan lama di tempat dan rumah lama dan sahabat lama menjadi ingatan. Di tempat baru tu pun dia akan borak pasal macammana dia dan tempat lama dia. Dia itu, dia ini, dia pernah buat itu, buat ini, pernah jadi itu dan ini.. segala lah berkenaan dengan dia dan tempat lama yang dia dah biasa, dan di ceritakan di tempat baru yang dia sedang duduki sekarang ini. 


Orang lama ni, jarang kita dengar hidup berpindah randah, sebab dia dah biasa dengan konsep buat rumah di atas tanah sendiri. Rumah kecil pun takpe, yang penting tanah sendiri. 

Contoh paling mudah untuk kita anak – anak hari ini, kalau salah seorang ayah atau mak kita dah pergi dahulu, dan kita berniat baik nak jaga salah seorang dari mereka yang masih ada, kita ajak dia tinggal dengan kita di bandar sebab senang nak jaga dia dan kita pun bekerja. Boleh jamin ke yang mereka ni semua boleh dengar cakap kita dan tinggal dengan kita di bandar?... 

Mati hidup balik pun dia lagi sanggup tinggal seorang dari kene pindah randah kan?..

Jadinya, itu lah perumpamaan yang saya mampu kongsikan tentang bagaimana UMNO dan perangai nya yang dah lebih 70 tahun usianya ini. 


Sekarang di bawah pentadbiran Perikatan Nasional. Logo baru, suasana baru, rakan kerja baru, rumah baru…. Memang lah payah untuk UMNO ni nak biasakan dirinya. Jadi jangan di paksa beriya – iye sangat dgn UMNO ni.. kene pelan – pelan pujuk, kene bagi diorang biasa dengan keadaan yang baru dan bagikan perasaan yang sama seperti yang lama jugak. 

UMNO dah biasa jadi yang paling besar kuasa dalam segala hal. Tiba- tiba kene kongsi sedikit rasa kuasa itu dengan orang lain… cuba letakkan diri anda atau parti lain dalam keadaan yang sama., sudah tentu ini adalah sesuatu yang tidak menggembirakan kita kan?..


Maka, kene fahamkan bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian. 

Politik ni bukan semua bermaksud untuk gaduh berkelahi je. 

Nak berjuang bukan hanya dengan bertekak memekak buat kenyataan yang mampu memburukkan keadaan je. 

Ada banyak lagi cara lain macamana boleh raih kemenangan dalam berjuang ini. 

Ingatkan balik macaman dulu kira mampu meraih kemerdekaan tanpa peperangan, tanpa peluru dan bom, tanpa sedikit pertumpahan darah pun. 

Hanya yang perlu adalah kesabaran, semangat dan kepercayaan untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik. 


Kadang – kadang pemikiran yang tajam adalah lebih baik dari sebilah pedang. 

Jadi fikir baik – baik. 

UMNO bersetuju untuk menjadi kerajaan hari ini adalah dengan satu tujuan iaitu untuk menolak DAP dan Anwar Ibrahim. Tak nak kerajaan bukan melayu islam menjaga tanah melayu islam ini. Maka, sekarang ini, adalah waktu kita untuk buktikan bahawa itu sahaja yang kita mahu dan perlu. Tidak yang lain, selain itu sahaja. 

Jangan nanti kerana perbalahan mulut yang di pegang oleh halwa nafsu, mampu membinasakan asas niat yang telah terbina ini. 

Jangan banyak sangat cakap itu dan ini nanti rakyat bosan dengan kerenah ahli politik. 

Buat sahaja kerja kerana peluang telah di berikan, bukan kerana kita sahaja, kerana Allah SWT telah mengizinkan ianya berlaku. 


Ada perkara takkan berlaku seperti yang kita mahukan.

Ada sebab kenapa adakalanya bersabar itu lebih baik. 



Pandanganduapolohsen



Comments

Popular Posts