UNDI 18... mampukah kita?

Bila sahaja di umumkan bahawa had umur mengundi akan di turunkan dari 21 tahun kepada 18 tahun, maka bergema lah paluan gendang memberikan petanda di mana akan berlaku perubahan besar dalam landskap politik dan pentadbiran kerajaan Malaysia. 

Sering kita di tanya bagaimanakah perlaksanaan untuk mencapai cita - cita baru ini?. Apakah persediaan kita sudah cukup mampan dan kita kebal dalam menerima pelbagai kemungkinan?. Mampukah kita mengejar arus perubahan yang sebesar ini demi melangsungkan makna perjuangan ideologi setiap parti politik nanti?. Adakah masih terbawa akan signifikasi idealist - idealist yang akan muncul di tengah jalan nanti?.

Semua ini masih lagi dalam bayangan dalam kotak pemikiran si pembuat undang - undang. Kerana saya sendiri tidak nampak bagaimana setiap satu persoalan ini mampu di terjemahkan dalam bentuk penjelasan yang lebih mantap apatah lagi ianya melibatkan golongan sasaran anak muda yang mempunyai pemikiran yang begitu kompleks hari ini. 

Peluang untuk terdedah dengan cerita berunsur politik di negara ini masih lagi kita tidak mampu menjawab adakah ianya akan memberikan satu petanda baik demi kelangsungan pembangunan negara yang mempunyai bilangan masyarakat yang majmuk dari segi bahasa, agama, adat, kepercayaan, dan cara dan kluster hidup. 


Tinta Hati Si Dinda UMNO.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. 
2019

Comments

Popular Posts