Peranan Sayap UMNO
Salam Malaysia Baharu.
Tinggalkan episod sedih UMNO
setelah setelah gagal pada PRU 14 yang lepas, dan UMNO dengan berat hati
terpaksa akur dengan keputusan terkejut ini.
Ini menjadi satu ikhtibar dan
pengajaran yang cukup besar buat UMNO seluruh Malaysia. Sehingga ke hari ini,
masih ada orang UMNO yang kekok untuk mulakan langkah sebagai pembangkang.
Masih ada yang berusaha untuk mencapai kata sepakat dengan mana – mana pihak
untuk menjadikan segelintir dari mereka sebagai kerajaan semula. Tidak mustahil
itu semua bisa berlaku, namun peratusannya untuk berjaya agak tipis.
Sudah dengan perancangan
tanpa kepastian mana hujung tuju rancangan itu adalah sesuatu yang membuang
masa. Adalah lebih baik sekiranya UMNO benar – benar fokus kepada masalah yang
sudah beranai – anai di dalam kubu UMNO itu sendiri. Beberapa isu penting yang
perlu di perbaiki demi menjamin kestabilan politik dalaman UMNO itu sendiri.
Tidak perlu banyak, mulakan dengan yang penting sahaja sudah memadai dan
konsistensi untuk mengatur langkah dengan lebih strategik itu amatlah penting.
Antara barisan pertama yang
semestinya menjadi agenda utama adalah peranan sayap – sayap di dalam UMNO.
Umum tahu, UMNO mempunyai sistem sokongan yang cukup baik seperti Wanita,
Pemuda dan Puteri UMNO. Mereka ini seumpama kaki, tangan UMNO, seperti orang
kanan UMNO, seperti mata – mata UMNO dan seperti nyawa buat UMNO itu sendiri.
UMNO tidak akan mampu berjalan sendiri tanpa sokongan sayap – sayap ini. Tanpa
sayap, maka UMNO takkan mampu untuk terbang lebih tinggi.
Begitu juga sebaliknya. Tersungkurnya UMNO juga adalah kerana
kegagalan sayap untuk menerbangkan UMNO dengan lebih tinggi. Ini adalah kesan
sebenar pasca kegagalan PRU yang lepas.
Kalau dahulu, sayap ini
sering berasakan bahawa mereka hanya sistem sokongan kepada UMNO, tetapi kita
lupa tugas hakiki sayap ini adalah sebenarnya menerbangkan UMNO, bukan
sebaliknya.
Dengan itu, dalam pemilihan
parti yang datang, adalah amat penting buat kesemua sayap UMNO untuk memilih
calon ketua untuk mengemudi sayap ini untuk terus memastikan UMNO terus terbang
tinggi. Calon haruslah yang di lihat mempunyai kreadibiliti untuk mewakili
suara – suara ahli sayap, dan juga kumpulan rakyat yang di wakilinya walaupun
mereka bukanlah ahli parti ini. Sayap seharusnya tidak menjadikan target
audience mereka terhad kepada ahli mereka sahaja. Menyantuni anak – anak muda
dan rakyat secara keseluruhannya, adalah matlamat yang paling penting untuk
memastikan UMNO kembali menjadi kerajaan yang memimpin negara.
Trend politik bukan sekadar
dalam parti. Kini ianya sudah berbeza. Jika dahulu, apa yang di sampaikan oleh
Ketua Bahagian di peringkat bahagian, maka hanya itu lah sahaja yang dapat di
dengar oleh ahli mereka di peringkat bahagian. Mereka tidak mampu untuk
mendengar sendiri apa yang cuba di sampaikan oleh pihak – pihak lain secara
terus menerus. Bulat kata Ketua Bahagian, maka bulat lah jadinya.
Tetapi sekarang ianya sudah
berubah. Ahli UMNO di peringkat akar umbi dan rakyat secara umunya sudah dapat
menerima berita dah cerita dari mana – mana peringkat secara terus – menerus,
dan mereka akan mengadili sendiri tentang apa yang mereka terima. Berita di
peringkat nasional tidak hanya terhad untuk ahli majlis tertinggi sahaja Tidak
hanya termaktub untuk simpanan sulit ketua – ketua sayap sahaja. Kini, politik
lebih terbuka dan terdedah, samada untuk kebaikan atau untuk ancaman dalaman,
ianya terpulang kepada pucuk pimpinan UMNO dan sayap – sayap ini.
Dalam keadaan terkini, sayap
seharusnya menjadi barisan benteng yang pertama untuk memastikan kesepaduan
UMNO itu terus di jaga. Sayap adalah kumpulan pertama yang seharusnya menjadi
agen kepada UMNO bagi memastikan niat perjuangan UMNO itu di sampaikan dengan
baik kepada rakyat. Sayap- sayap UMNO adalah kekuatan UMNO. Bukan sebaliknya.
Keterampilan ketua sayap juga
bukan sekadar di ukur kemampuannya di dalam parti sahaja. Mereka ini seharusnya
di lihat mampu untuk memaparkan imej UMNO di mata rakyat secara umumnya. Mereka
adalah yang mampu memacu UMNO bukan sekadar dalam rumah sendiri, tetapi berani
menampilkan sisi lain UMNO di padang besar secara terbuka.
Dengan itu, UMNO dalam
keadaan sekarang dan juga di masa akan datang, harus menjadi lebih berani untuk
membuat perubahan dalam memilih ketua di peringkat tertinggi di setiap
peringkat.
Kita perlu belajar bagaimana
DAP meletakkan ego mereka ketepi untuk
bersetuju bersama dengan Tun M hanya kerana untuk memastikan matlamat mereka
tercapai, iaitu membuang imej DAP adalah sebuah parti hanya untuk kaum cina.
Mereka berjaya menjadikan DAP itu lebih mulia dari UMNO kerana mereka telah
memilih untuk bersama dengan seseorang yang di percayai oleh rakyat Malaysia
untuk memimpin negara bersama mereka, walaupun ianya bertentangan dengan
perjanjian asal mereka sendiri.
Jadi besarlah harapan bukan
sahaja ahli UMNO di peringkat akar umbi, tetapi juga rakyat Malaysia untuk
melihat UMNO mampu memecahkan beberapa ‘tradisi’ yang lapuk untuk kepentingan
bersama iaitu untuk melihat UMNO kembali seperti di zaman kegemilangan mereka.
Comments
Post a Comment