UMNO YANG DI DUGA ATAU YANG TERLEKA..?
PRESIDENT UMNO DI DAKWA. UMNO DI
DUGA.
19 OKTOBER 2018 – KUALA LUMPUR –
Seperti yang telah di laporkan secara menyeluruh, Presiden
UMNO kini sedang di dakwa dengan berpuluh – puluh pertuduhan. Umumnya sudah pun
mengetahui dan menjangka bahawa ini lah yang akan berlaku tatkala UMNO tewas
pada pilihanraya yang lepas.
Pendakwaan yang berlaku pada ketika Dewan Rakyat sedang
berlangsung, pembentangan kajian separuh penggal RMK 11 baru sahaja selesai dan
yang akan datang adalah pembentangan bajet 2019 pada awal November nanti, sudah
tentu keadaan Presiden UMNO yang juga merupakan ahli Parlimen Bagan Datuk ini
tidak memberikan keselesaan kepada kepimpinan dan orang UMNO.
Terlalu banyak persoalan yang akan timbul dan mungkin sudah
terjawab secara tersendirinya. Ada yang sudah hilang kepercayaan terhadap UMNO
dan kepimpinan dan telah pun mengambil keputusan membawa haluan masing –
masing.
Sebagai anak muda yang masih berpegang teguh kepada prinsip
perjuangan UMNO ini, sudah tentu kami meletakkan harapan yang tinggi terhadap
masa depan UMNO. Dugaan dan cabaran yang sedang kita hadapi ini adalah salah
satu musim mengutip pengalaman dan proses pembelajaran yang amat berharga
sekali untuk kami semua.
Walaubagaimanapun, anak – anak muda tidak mahu UMNO terlalu
leka dan asyik di buai mampi yang tidak berkesudahan khususnya dalam memberi
kepastian tentang matlamat perjuangan UMNO ini.
Apabila seorang demi seorang pemimpin UMNO ‘tewas’ dengan
pelbagai alasan yang kita berikan, samada ianya logik atau tidak, tetapi
langkah mereka meninggalkan parti itu sedikit sebanyak memberi impak terhadap
‘iman’ anak muda dalam UMNO.
Bukan semata untuk mendapatkan kemewahan atau keselesaan
dalam perjalanan untuk berjuang, tetapi apa yang tersilau di sebalik lensa mata
ini adalah adakah UMNO ini telah berubah menjadi parti yang hanya mahukan
stabiliti tetapi bukannya loyaliti. Adakah selama ini kita hanya membina asas
teras sahaja tanpa menhiraukan hukum sirna dalam hati setiap pengikut dan
penyokong UMNO?. Apakah maksud setia yang telah UMNO bina selama ini?. Setia
kepada stabiliti yakni dengan membina empayar pengaruh melalui kuasa yang ada?.
Anak muda dalam UMNO tidak mahu banyak, kerana iya mungkin
kami telah di lahirkan dalam keadaan yang sudah siap segala. Jadi dengan itu,
apa sahaja yang kami mahukan lagi dari UMNO ini kalau bukan keikhlasan dalam
perjuangan dan kejernihan dalam mentadbir parti ini. Permintaan ini bukan
memerlukan bajet yang besar. Ianya terlalu murah dengan kadar bayaran balik
yang begitu tinggi iaitu kesetiaan dan kejujuran.
Mudah – mudahan walau dalam keadaan yang amat terduga ini,
kepimpinan UMNO dan penyokong akan terus setia bersama – sama dengan prinsip
perjuangan UMNO. Walau perlu berkongsi pinggan demi kelangsungan parti ini,
kita teruskan juga tanpa mengambil kira pangkat dan darjat.
SETIA dan IKHLAS
Jalan terus.
Tinta Hati Si Dinda
UMNO.
Khaidhirah Abu Zahar
Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Ketua Puteri Jasin, Melaka.
Comments
Post a Comment